Kampong Keranji 1948 -1973
Sebuah memoir Ali bin Salim selama 25 tahun tinggal di Kampong Kranji. Buku ini penuh dengan sejarah, peristiwa, petua ,nasihat dan ilmu yang menarik dan jarang di dengar dan ketahui. Ia membuat pembaca merasa nostalgia dan ingin kembali atau merasai kehidupan pada zaman itu.
Kampong Kranji 1948 - 1973
This is a memoir of Ali Bin Salim, detailing 25 years of living in Kampong Kranji. This memoir also chronicles Ali Bin Salim's humble beginnings in life and his experiences. This memoir includes historical recollections and notable quotes. It will stir feelings of nostalgia from readers and a yearning to turn back time.

2021
Komen Panel Pengadil
Memoir ini memberikan gambaran tentang sejarah, peristiwa, dan pengalaman Ali bin Salim yang tinggal di Kampong Keranji. Penulis, berkongsi pengalaman peribadi apa yang dilalui dan disaksikan sepanjang 25 tahun sambil menyelitkan kisah kepercayaan nenek moyang dan sejarah tempatan yang banyak memberi ilmu. Penulis berjaya menggambarkan kerumitan kehidupan masyarakat Kampong Keranji. Kecenderungan naratif untuk mengutarakan peristiwa kecil tetapi terperinci menjadi kekuatan kepengarangan. Memoir dalam bentuk naratif yang ringan ini mempunyai potensi menjangkau khalayak pembaca yang lebih luas.
ABOUT THE AUTHOR

Ali bin Salim
Ali Bin Salim dilahirkan pada tahun 1948 di Kampong Keranji. Beliau turut menghadiri Maktab Perguruan dari tahun 1965 hingga 1968. Beliau langsung mula mengajar, selepas menyelesai berkhidmat negara sebagai seorang pelatih di SAFTI, dan terus mengajar sehingga beliau bersara pada tahun 2004.
Ali bin Salim
Ali bin Salim was born in 1948 in Kampong Keranji. He joined the Teacher's Training College from 1965 to 1968 and started teaching after completing his National Service as an instructor in SAFTI. Ali retired from teaching in 2004.