Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan merupakan usaha berterusan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) untuk mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan. MBMS telah menganjurkan usaha dwitahunan ini sejak tahun 1993. Selain pengiktirafan, anugerah ini juga meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu, menggalakkan penerbitan karya yang bermutu dan memasyarakatkan bidang persuratan.

Majlis Anugerah: 11 November 2023

Penghantaran Karya & Pencalonan Sudah Ditutup

Version

Tentang Anugerah Persuratan

Objektif Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan dilaksanakan dengan objektif berikut:           

  1. Memberikan pengiktirafan kepada para penulis yang telah menghasilkan karya yang bermutu dan bernilai;
  2. Meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu;
  3. Menggalakkan penerbitan karya yang bermutu; dan
  4. Memasyarakatkan bidang persuratan.

Anugerah yang diberikan untuk Anugerah Persuratan

Anugerah Tun Seri Lanang

Anugerah Tun Seri Lanang (yang bernilai $5,000) diperuntukkan kepada seorang tokoh persuratan yang memiliki nilai unggul sebagai:

  • Tokoh seni yang ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura;
  • Tokoh antarabangsa melalui pengiktirafan karya besar mereka;
  • Pejuang seni dalam erti kata menggunakan sebahagian besar usia dan kehidupan mereka untuk menyubur dan menyemarakkan bidang yang dihayati; atau
  • Penyumbang dan pemaju pemikiran masyarakat dalam konteks pembangunan melalui karya mereka (dalam bentuk kreatif ataupun bukan kreatif); dan
  • Tokoh teladan yang menimba ilmu sepanjang hayat yang terus berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang persuratan.

Geran sejumlah $3,500 diberikan kepada sesiapa yang bertauliah dan ingin mengkaji keperibadian, sumbangan, pemikiran, dan hasil penulisan tokoh yang terpilih.

Anumerta Tun Seri Lanang

Anumerta Tun Seri Lanang diberikan kepada tokoh persuratan yang telah meninggal dunia. Kriteria pemilihan tokoh sama seperti Anugerah Tun Seri Lanang.

Hadiah (yang bernilai $2,000) akan diberikan kepada keluarga tokoh dan $3,500 lagi dalam bentuk geran kepada sesiapa sahaja yang bertauliah dan ingin menulis mengenai keperibadian, pemikiran dan falsafah, iltizam dan sumbangan Tokoh Anumerta ini.

Anugerah Harapan

Anugerah Harapan (yang bernilai $3,000) diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun yang menampakkan potensi dalam bidang persuratan sama ada:

  • Menjadi teraju utama kepada usaha-usaha menggerakkan bidang persuratan; baik cerpen, sajak, novel, drama, karya bukan sastera dan sebagainya;
  • Menggunakan masa untuk berkongsi ilmu dan kemahirannya dalam bidang persuratan kepada golongan muda atau pelajar; dan
  • Menghasilkan karya yang memberikan isi dan menambah nilai dalam penulisan kreatif ataupun tidak, sama ada dalam bentuk media bercetak atau elektronik untuk memajukan pemikiran masyarakat.

Hadiah Persuratan

Hadiah sastera (yang bernilai $3,500) diberikan kepada penulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan puisi sebagai pengiktirafan atas keunggulan karya sastera mereka.

Penghantaran Karya untuk Hadiah Persuratan

Penghantaran karya dan pencalonan AP2023 sudah ditutup, majlis anugerah akan diadakan pada hari 11 November 2023.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan lain, sila e-mel Puan Celine ([email protected]) atau Puan Alya ([email protected]), atau hubungi Puan Celine di talian 6342 5125.

Dianjurkan Oleh: Diuruskan Oleh: Disokong Oleh:  
Majlis Bahasa Singapore Book Council National Heritage Board Ministry of Culture, Community and Youth