Dianjurkan bersama oleh Singapore Book Council (SBC) dan Yayasan Warisan Melayu (MHF), Program Bimbingan Penulis Melayu SBC x MHF merupakan inisiatif pembangunan baharu yang bertujuan menyokong penulis fiksyen bahasa Melayu yang sedang meningkat naik atau baru bermula di Singapura.

Program edisi pertama ini akan berlangsung selama enam bulan ini (Julai–Disember 2025) untuk memberi peluang kepada penulis terpilih untuk mendapatkan ruang, masa, dan bimbingan bagi mengembangkan projek cerpen atau fiksyen dalam bahasa Melayu yang meneroka aspek budaya, warisan, atau identiti Melayu.

Peserta akan menerima manfaat berikut:

  • Bimbingan oleh penulis berpengalaman
  • Bengkel penulisan dan sesi semakan projek
  • Sesi Menulis dalam Rahat selama 4 hari
  • Sesi perkongsian akhir atau pementasan untuk meraikan hasil karya
  • Peluang untuk berinteraksi bersama komuniti dalam rangkaian sastera dan warisan

Jika anda seorang penulis fiksyen dengan kisah yang ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, kami jemput anda untuk menyertai program ini.

Sila daftar untuk siri bengkel di sini!

Tempat adalah terhad.