Arca Di Muzium
Adam memulakan hari pertama bekerja di Muzium Jenayah Singapura dengan semangat yang berkobar-kobar. Pada tahun 2043, Singapura tidak mempunyai penjara lagi. Penjara Changi sudah diubah menjadi pusat komersil dan jenayah-jenayah lepas menjadi bahan pameran dalam muzium. Terdapat 12 orang pelawat yang berdaftar untuk lawatan pada pagi itu. Ketika menjelaskan tentang pameran jenayah pertama, Adam mendapati salah seorang daripada pelawatnya, Bantam, sudah hilang. Apabila diperiksa, ternyata Bantam masih berada dalam perkarangan muzium. Namun, Bantam sudah berubah menjadi sebuah arca mini dalam kotak kaca di muzium itu! Satu per satu sejarah hidup pelawat-pelawat didedahkan dalam adegan-adegan yang mendebarkan. Adam harus menyelesaikan misteri Bantam dan mencari jalan keluar dari labirin muzium itu dengan selamat.
Statue in the Museum
Adam enthusiastically starts his first day working at the Singapore Crime Museum. In 2043, Singapore has no prisons. Changi Prison has been transformed into a commercial centre, and past crimes are exhibited in the museum. There were 12 registered visitors for the morning tour. While explaining the first crime exhibition, Adam realises one of his visitors, Bantam, is missing. Upon checking, it turns out Bantam is still within the museum's premises, but has turned into a mini statue inside a glass box! The life histories of each visitor are revealed in thrilling scenes. Adam must solve the mystery of Bantam and find a way out of the museum's labyrinth safely.
Petikan | Excerpt
Adam mula cemas. Dia tiada pilihan lain. Adam menekan jam tangannya untuk menghubungi pegawai keselamatan yang berpangkalan di menara muzium ini. Adam meminta agar alat pengesan Bantam diaktifkan segera. Adam memberikan nombor kad pengenalan Bantam yang tertera dalam perantinya. Takut-takut juga kalau ada apa-apa yang terjadi pada Bantam. Pegawai itu bersetuju.
Adam kemudian mengimbas peranti tabletnya semula.
Beep.
Beep.
Beep.
Setitik lampu merah berkelap-kelip di kaca peranti. Adam keliru. Pengesan itu menunjukkan bahawa Bantam masih lagi di dalam ruang yang sama, iaitu di Galeri Jenayah Era Pramilenial. Namun, menurut peta digital itu, Bantam sudah berada jauh di hadapan. Malah, Bantam kini di pameran keempat!
Hai, lawan taukeh, nampak? Orang lain baru menapak di pameran pertama, awak sudah meluncur nun ke hadapan!
Adam mengetap bibirnya.
Atur cara lawatan terpaksa dirombak semula. Adam bercadang untuk kembali ke pameran kedua dan ketiga apabila Bantam sudah ditemui nanti. Adam kemudian mengajak rombongannya menuju ke pameran keempat dengan tergesa-gesa.
Ruang pameran keempat ialah sebuah bilik kecil yang menayangkan replika sebuah babak jenayah yang berlaku pada tahun 1975 dalam sebuah kotak kaca. Kotak itu diletakkan di bahagian tengah bilik. Adam sudah menghafal selok-belok bilik itu dengan jelas kerana pamerannya dipaparkan dalam bentuk diorama. Agak unik. Macam projek untuk pameran Sains dan Matematik sewaktu di sekolah dulu. Ada beberapa figura yang disusun dan diwarnakan untuk menggambarkan sekumpulan perompak yang digelarkan sebagai “Swimming Trunks Gang“ oleh pihak media.
Namun, apabila mereka sampai di pameran keempat, susuk Bantam tetap tidak kelihatan. Lampu merah di peranti yang mengesan Bantam mula membesar. Tanda pengesan itu dengan degil menyatakan bahawa Bantam sememangnya sah di tempat ini.
Beep.
Beep.
Beeeeeeeeeeppp.
Setiap pasang mata ahli rombongan itu melilau ke kiri dan ke kanan.
“Mana si Bantam?”
“Mana pula orang tua ni?”
“Tak dengar loceng punya orang.”
“Iyalah! Tak nampak pun!”
Mereka saling bertanya dengan penuh kehairanan.
“Eeeeeeekkkk!!!”
Julia menjerit.
“Bantaaaammm!”
“Mana?”
“Di situ!!!”
Julia menuding jarinya ke arah pameran diorama di tengah bilik itu.
“Itu!!! Dalam kotak kaca itu!”
Semua mata terpanah ke dalam kotak pameran keempat itu. Mereka melihat ada beberapa figura kecil yang berpakaian celana renang. Di sebelah mereka, ada seorang lelaki tua yang berpakaian baju polo berwarna biru muda dan bertopi kelabu. Serupa seperti apa yang disebutkan oleh Julia.
Bantam yang tadi hilang sudah ditemui!
Namun, Bantam kini ialah arca mini yang diperbuat daripada batu, gelas dan mungkin resin plastik.
Bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Tidak masuk akal!
Adam dan seluruh ahli rombongannya melongo. Mereka memandang antara satu sama lain dengan belon tanda tanya yang terapung-apung di langit fikiran masing-masing.

ABOUT THE AUTHOR

Farihan Bahron
Farihan Bahron, seorang penulis dan penerbit buku Melayu Singapura, telah memenangi beberapa penghargaan termasuk Anugerah Harapan pada tahun 2017, Hadiah Sastera Singapura (2018, 2022), dan Anugerah Persuratan (2020/21, 2023). Karya-karyanya yang merangkumi puisi dan cerpen, telah meraih kejayaan dalam pertandingan penulisan seperti Anugerah Pena Emas (2003, 2015) dan Mencari Kristal (2016). Baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan Penghargaan Sastrawan Muda oleh MASTERA (Indonesia) pada tahun 2023.
Farihan Bahron
Farihan Bahron is a writer and publisher who has won several accolades, including the Anugerah Harapan in 2017, the Singapore Literature Prize (2018, 2022), and the Anugerah Persuratan (2020/21, 2023). His creative works, spanning poetry and short stories, have consistently won writing competitions such as the Golden Point Award (2003, 2015) and Mencari Kristal (2016). Recently, he was honoured with the Penghargaan Sastrawan Muda by MASTERA (Indonesia) in 2023.
Catatan Ringkas Bersama Farihan Bahron | Short Notes with Farihan Bahron
Bagi anda, apakah makna "Mata Hati" dalam penulisan?
What does "Mata Hati | 心眼 | Eye of the Heart | மனக்கண் வழியே" mean to you in writing?
Mata Hati ialah naluri penulis yang menerobos dinding kata-kata agar dapat melihat keindahan hakiki yang terjalin antara yang tersurat dengan yang tersirat.
The "eye of the heart" is a writer's instinct that penetrates the walls of words to see the true beauty woven between the explicit and the implicit.
Bagaimanakah proses penulisan anda? Adakah anda menaip atau menulis? Adakah anda menyiapkan beberapa draf, melalui tempoh-tempoh panjang tanpa mengarang, atau menulis dengan gigih dalam tempoh yang singkat dan mendadak?
What does your writing process look like? Do you type or write? Are there multiple drafts, long pauses, or sudden bursts of activity?
Saya harus tidur selepas melakarkan sesuatu babak. Saya suka biarkan ilham itu diperam di bawah paras sedar dan kemudian cepat-cepat menaip di komputer sejurus selepas terjaga.
I need to sleep after sketching out a scene. I like to let the inspiration ferment in my subconscious and then quickly type it out on the computer as soon as I wake up.
Bagaimanakah rupa ruang kerja anda?
What does your working space look like?
Segelas kopi O kosong, iMac 27 inci, dan kipas kuat yang menghala ke muka saya.
A glass of black coffee, a 27-inch iMac, and a strong fan blowing directly at my face.
Slia buat promosi ringkas untuk buku anda yang disenaraipendekkan, dengan tidak lebih daripada 30 perkataan.
Make an elevator pitch for your shortlisted work in 30 words or less.
Adam, seorang pemandu pelancong di Muzium Jenayah Singapura pada tahun 2043, harus merungkai misteri di sebalik kehilangan salah seorang ahli rombongannya yang dijumpai terbeku sebagai arca di dalam sebuah pameran.
Adam, a tour guide at the Singapore Crime Museum in 2043, must unravel the mystery behind the disappearance of one of his tour group members, who is found frozen as a statue in an exhibit.
Bolehkah anda berkongsi satu saat yang penting semasa anda mengarang karya ini?
Could you share a pivotal moment as you were writing this work?
Semasa membuat kajian untuk Muzium Jenayah Singapura yang bersifat rekaan, saya menyedari bahawa saya pernah berkawan dengan dua orang pembunuh dalam hidup saya; salah seorang daripadanya ialah rakan sekerja buat jangka pendek dan seorang lagi pernah bersukan bersama pada zaman kanak-kanak.
While conducting research for the fictitious Singapore Crime Museum, I realized that I had befriended two murderers in my life; one of whom I worked with for a short period and another with whom I played sports during childhood.
Jika ada peluang, apakah satu nasihat yang anda akan beri kepada diri anda semasa mengarang buku ini?
If you could give one advice to yourself when you were writing this book, what would it be?
Tempah sebuah resort terpencil selama seminggu dan fokuskan sepenuhnya pada penyuntingan karya.
Book an isolated resort for one week and just focus on editing the work.