Dimulakan pada 1992, Hadiah Sastera Singapura (Singapore Literature Prize, SLP) ialah hadiah sastera yang unggul di Singapura dan telah dianugerahkan kepada lebih daripada 170 pemenang. Hadiah ini sebuah pertandingan dwitahunan dan dibuka kepada warganegara dan penduduk tetap Singapura yang mana karya prosa dan puisi, telah diterbitkan di Singapura atau di luar negeri dalam tempoh yang ditetapkan. SLP ialah satu daripada beberapa sahaja anugerah sastera berbilang bahasa di dunia.

Tarikh tutup pertandingan ialah 15 Mei 2026 (Jumaat), 6.00 petang (waktu Singapura).