Sesi ceramah awam ini akan mengupas perjalanan penulis daripada inspirasi hingga ke penerbitan, sambil menonjolkan bagaimana penulisan boleh berkembang menjadi satu kerjaya yang bermakna. Ia juga akan membincangkan trend penerbitan semasa di rantau ini, serta menawarkan pandangan tentang peluang dan cabaran yang dihadapi oleh para penulis masa kini. Sesuai untuk penulis yang bercita-cita, penggemar sastera, dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dunia penceritaan dan penerbitan.
Sesi ini akan berlangsung dalam Bahasa Melayu.
REGISTRATION DETAILS
Program ini akan dibatalkan atau ditangguhkan dua minggu sebelum tarikh permulaan bengkel sekiranya jumlah peserta tidak ditepati. Bayaran akan dilunaskan secara keseluruhan jika acara tersebut dibatalkan oleh pihak kami.
Peserta yang tidak dapat hadir selepas mendaftar untuk sesuatu bengkel perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran kepada kami sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bengkel tersebut.
Bayaran akan dilunaskan sepenuhnya sekiranya alasan yang diberikan berkaitan dengan keadaan di luar kawalan, seperti sakit, kemalangan, atau pemergian ahli keluarga.
Peserta yang memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada kami sekurang-kurangnya lima hari bekerja sebelum tarikh permulaan akan menerima pemulangan sebanyak 50% daripada jumlah bayaran. Peserta yang tidak menghadiri bengkel tanpa sebarang alasan tidak akan menerima sebarang pemulangan bayaran.
Dengan mendaftar, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat pembatalan dan penarikan diri yang telah ditetapkan.

