Bengkel/kelas induk penulisan awam ini menawarkan sesi kritikan berfokus yang menumpukan kepada cerpen pemenang Anugerah Golden Point. Peserta akan terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai teknik penulisan fiksyen, meneroka seni naratif, pilihan gaya, dan strategi penceritaan. Sesi ini juga memberikan pandangan tentang bagaimana penulis boleh memposisikan karya mereka dengan berkesan untuk menonjol dalam pertandingan sastera.
Sesi ini akan berlangsung dalam Bahasa Melayu.
REGISTRATION DETAILS
Program ini akan dibatalkan atau ditangguhkan dua minggu sebelum tarikh permulaan bengkel sekiranya jumlah peserta tidak ditepati. Bayaran akan dilunaskan secara keseluruhan jika acara tersebut dibatalkan oleh pihak kami.
Peserta yang tidak dapat hadir selepas mendaftar untuk sesuatu bengkel perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran kepada kami sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bengkel tersebut.
Bayaran akan dilunaskan sepenuhnya sekiranya alasan yang diberikan berkaitan dengan keadaan di luar kawalan, seperti sakit, kemalangan, atau pemergian ahli keluarga.
Peserta yang memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada kami sekurang-kurangnya lima hari bekerja sebelum tarikh permulaan akan menerima pemulangan sebanyak 50% daripada jumlah bayaran. Peserta yang tidak menghadiri bengkel tanpa sebarang alasan tidak akan menerima sebarang pemulangan bayaran.
Dengan mendaftar, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat pembatalan dan penarikan diri yang telah ditetapkan.

