Sama ada anda baru ingin mencuba dunia penulisan fiksyen atau sedang mencari cara untuk memperhalus gaya anda, siri bengkel ini akan membimbing anda secara langkah demi langkah — daripada cetusan idea pertama hinggalah kepada perenggan pembukaan yang mampu memikat pembaca.
Dikendalikan oleh penulis pemenang anugerah, Farihan Bahron, dan sarjana sastera, Dr Noridah Kamari, bengkel ini direka khusus untuk penulis baharu yang ingin memahami seni penceritaan melalui lensa kesusasteraan Melayu, sambil menguasai kemahiran asas penulisan cerpen.
Anda bukan sahaja akan belajar bagaimana cerita dibina, tetapi juga mengapa ia berkesan — sambil meneroka tema, bahasa, sejarah dan watak.
Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan teori, perbincangan, dan latihan menulis yang direka untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
REGISTRATION DETAILS
Program ini akan dibatalkan atau ditangguhkan dua minggu sebelum tarikh permulaan bengkel sekiranya jumlah peserta tidak ditepati. Bayaran akan dilunaskan secara keseluruhan jika acara tersebut dibatalkan oleh pihak kami.
Peserta yang tidak dapat hadir selepas mendaftar untuk sesuatu bengkel perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran kepada kami sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh bengkel tersebut.
Bayaran akan dilunaskan sepenuhnya sekiranya alasan yang diberikan berkaitan dengan keadaan di luar kawalan, seperti sakit, kemalangan, atau pemergian ahli keluarga.
Peserta yang memaklumkan ketidakhadiran mereka kepada kami sekurang-kurangnya lima hari bekerja sebelum tarikh permulaan akan menerima pemulangan sebanyak 50% daripada jumlah bayaran. Peserta yang tidak menghadiri bengkel tanpa sebarang alasan tidak akan menerima sebarang pemulangan bayaran.
Dengan mendaftar, anda dianggap telah membaca dan bersetuju dengan syarat-syarat pembatalan dan penarikan diri yang telah ditetapkan.

