Ramai penulis memulakan perjalanan mereka dengan menghantar karya ke jurnal sastera, majalah, atau antologi sebelum menerbitkan buku penuh. Namun, bagaimana kita tahu jalan mana yang sesuai untuk kita dan bagaimana untuk bermula?
Dalam sesi ini, Farihan Bahron, penulis dan penerbit berpengalaman, akan membimbing peserta tentang asas-asas penting untuk menerbitkan karya. Peserta akan memperoleh tip praktikal, pandangan industri, dan pemahaman yang jelas tentang bagaimana untuk berkongsi karya mereka dengan dunia.
Sesi ini akan dijalankan dalam bahasa Melayu bagi memastikan penulis dapat menerima bimbingan dalam bahasa yang mereka tulis.

