Perlukan bahan-bahan untuk kenali Puisi Melayu? Tonton video-video pendek ini yang disampaikan oleh penyair tempatan Farihan Bahron dan Dr Noridah Kamari. Bahan-bahan ini akan memberi pengenalan ringkas tentang Puisi Melayu serta alat-alat sastera seperti rima, ritma dan simbol. Di akhir setiap video, anda boleh cuba aktiviti latihan dan uji daya kefahaman anda!
Anda boleh muat turun lembaran aktiviti ini untuk latihan tambahan setelah menonton bahan-bahan (dalam video) yang disediakan. Gunakan lembaran ini untuk mencabar kemahiran anda untuk berkarya secara kreatif lagi dengan puisi yang dikarang.