Kem Menulis Puisi Melayu

Mengapakah penulis mengarang puisi dan bagaimanakah caranya untuk anda menghasilkan karya puisi yang baik? Kem menulis puisi ini dikendalikan berdasarkan tanggapan bahawa penulisan yang paling menarik bermula selepas draf pertama, dan pentingnya untuk terus berlatih supaya karya anda menjadi lebih baik!

Perhatian kepada para belia dan penulis muda berumur 13-20 tahun! Sertai kem menulis ini untuk mengenali dan mendalami seni penulisan puisi Melayu. Para peserta akan berpeluang untuk mencabar kreativiti mereka, mengasah bakat dan memperbaiki gaya dan mutu penulisan mereka dengan menggunakan alat-alat sastera dengan bimbingan daripada para penulis mapan yang pakar lagi arif. Para peserta juga akan berkesempatan untuk mempamerkan karya mereka yang telah digilap sewaktu kem tersebut kepada khalayak ramai di media sosial!

Hantarkan karya anda sekarang berdasarkan tema "Coretan dan Conteng" untuk mengambil bahagian* di sesi perkemahan menulis yang diadakan pada bulan Mac 2022. Sesi perkemahan ini akan dikendalikan dalam bahasa Melayu dan dianjurkan bersempena dengan My Sing Lit.

*Tertakluk pada garis panduan serta terma dan syarat.

 

Tarikh tutup untuk penghantaran karya ditunda hingga: 20 Februari 2022, jam 2359 (SGT)

Untuk ke borang penghantaran:

8 - 9 Mac 2022

Online
Melalui Zoom

Dianjurkan oleh:
Majlis Buku Singapura

Dikomisyen oleh:
#BuySingLit

Disokong oleh:
Majlis Seni Kebangsaan

Version

Garis Panduan Penghantaran Karya
  1. Perkhemahan menulis ini terbuka kepada warganegara Singapura dan penduduk tetap berusia antara 13 hingga 20 tahun* sahaja.
  2. Peserta yang berminat untuk menyertai perkhemahan menulis ini perlu menghantar puisi pendek yang asli (50-80 perkataan setiap puisi) dalam bahasa Melayu dengan tema “Coretan dan Conteng”.
  3. Penghantaran karya harus dimuat naik sebagai satu fail dalam format PDF (fon: Arial, saiz: 11pt).
  4. Penghantaran karya boleh dilakukan di pautan ini, di mana maklumat peserta dan pengakuan juga akan diminta.
  5. Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau sebagai kumpulan (tidak boleh melebihi tiga (3) ahli kumpulan).
    1. Untuk penyertaan secara individu, peserta perlu menghantar sekurang-kurangnya satu (1) puisi asli.
    2. Untuk penyertaan sebagai kumpulan, kumpulan tersebut perlu menghantar sekurang-kurangnya dua (2) puisi asli.
  6. Untuk penyertaan melalui sekolah yang melebihi lima (5) penyertaan berasingan (secara individu ataupun dalam kumpulan), sila e-mel kami di [email protected] untuk melakukan penyertaan anda.
  7. Tarikh tutup panggilan terbuka telah ditunda hingga 20 Februari 2022, jam 2359 (SGT).
  8. Penyertaan yang tidak lengkap akan ditolak. Kandungan yang dianggap tidak sesuai atau bersifat diskriminatif juga tidak akan diterima.

*Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa / penjaga sah dan dengan menyertai program ini, akan dianggap bahawa persetujuan tersebut telah diperoleh.

Kriteria Kelayakan
Terma dan Syarat

MENAMPILKAN 

Farihan Bahron

Hamed Ismail

Penerima Anugerah Tun Seri Lanang

Anugerah Persuratan 2020/2021

Hamed Ismail merupakan mantan Penyelia Kanan Skrip TV Eaglevision, Mediacorp. Beliau masih berkhidmat selaku Penasihat Skrip Drama TV. Beliau telah menghasilkan skrip drama radio, drama pentas, dan puluhan skrip drama TV serta menulis puisi, cerpen dan esei. Kumpulan puisi beliau yang berjudul Suara Dalam terpilih dalam senarai pendek untuk Hadiah Sastera Singapura (2014). Novel beliau berjudul Bunga Tanjong telah memenangi Hadiah Merit, Hadiah Sastera Singapura (2018). Antologi puisi Tafsiran Tiga Alam karya bersama Samsudin Said dan Hartinah Ahmad telah memenangi Hadiah Persuratan (2017) dan Hadiah Sastera Singapura (2016). Beliau juga telah memenangi Hadiah Pena Emas (puisi dan cerpen) dan Hadiah Persuratan (untuk skrip teater, skrip drama televisyen dan cerpen).

Dr Noridah Kamari

Suratman Markasan 

Penerima Anugerah Tun Seri Lanang

Anugerah Persuratan 1999

Suratman Markasan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pengajian Melayu & Tamil di Kementerian Pendidikan Singapura. Dia juga seorang anggota ASAS’50 sejak 1954, seorang hakim untuk Anugerah Sastera ASEAN Pertama pada tahun 1977, dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk Kongres Penyair Sedunia pada tahun 1989. Antara anugerah yang diperolehinya ialah Anugerah Penulis Asia Tenggara, Anugerah Sastera Montblanc-NUS Centre for Arts, Anugerah Sasterawan Nusantara, Anugerah Tun Seri Lanang, Anugerah Pingat Budaya Singapura dan Anugerah Sastera MASTERA.

 

FASILITATOR

Farihan Bahron

Farihan Bahron

Farihan Bahron, penerima Anugerah Harapan 2017 pernah memenangi beberapa sayembara termasuk Peraduan Asah Bakat 1998 (Hadiah Pertama - Puisi), Anugerah Pena Bakti 2000 (Hadiah Ketiga - Puisi), Anugerah Pena Emas 2003 (Hadiah Kedua - Puisi), Anugerah Pena Emas 2015 (Hadiah Pertama - Puisi dan Cerpen), Mencari Kristal 2016 (Hadiah Ketiga - Cerpen), Pertandingan Puisi Nasional 2017 (Merit) dan Sayembara Puisi Kata-Pilar 2020 (Hadiah Utama). Tukang Tunjuk Telunjuk memenangi Hadiah Sastera Singapura 2018 (puisi Melayu) sementara kumpulan cerpennya, Kesumat Sang Avatar, menerima Hadiah Kepujian (fiksyen Melayu). Farihan juga aktif dalam penulisan seni kata Dikir Barat di Singapura sejak 1996 dan telah 14 kali menerima piala ‘Seni Kata Terbaik’.

Khairool Haque

Muhd Khairool Haque

Muhammad Khairool Haque ialah seorang penulis dan pendidik. Beliau telah menerima Anugerah Pena Emas bagi puisi pada tahun 2009 dan Anugerah Penulis Muda ASEAN pada tahun 2014. Bukunya yang telah diterbitkan ialah, Iftitah, Syair Asas Ugama dan Anak Waktu Belajar Diam.