Senarai Pendek bagi Fiksyen

← Fiksyen

The Colour of Secret
Caliph Readers
2019
Buy this book!
Readers’ Favourite Malay Book

Warna Sebuah Rahsia

Warna Sebuah Rahsia menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2014 dan 2018 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan sejarah, satira, kemanusiaan dan psikologi dihidangkan dalam kumpulan ini.

Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah.  Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.

The Colour of Secret

The Colour of Secret consists of 10 short stories by Peter Augustine Goh, a prolific Singapore writer who works in various genres. All the short stories in this collection were written between 2014 and 2018, touching on various mundane, universal issues. Many interesting satirical, historical, humanitarian, and psychological themes are presented in this collection which is full of literary devices. His writing techniques succeed in capturing the minds of readers, in stories that are delivered in a calm, relaxed mood.

Peter Augustine Goh

Pengarang
Peter Augustine Goh

Peter Augustine Goh adalah nama pena Goh Mey Teck @ Iskandar Goh.  Beliau menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel kanak-kanak dan novel dewasa, sajak, drama TV, dan radio dan esei sastera. Semua karyanya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Beberapa karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Dewasa ini, beliau adalah pembimbing penulisan kreatif dan penterjemah bebas. Beliau telah memenangi Anugerah Pena Emas sebanyak tiga kali pada tahun 1995, 1999 dan 2003 bagi kategori cerpen dan sajak. Pada tahun 2016, beliau telah memenangi Hadiah Sastera Singapura bagi kategori fiksyen Melayu untuk kumpulan cerpennya Air Mata Di Arafah. Beliau telah menghasilkan sebanyak 40 buah buku, termasuk 10 buah antologi bersama penulis dari Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Author
Peter Augustine Goh

Peter Augustine Goh (Goh Mey Teck @ Iskandar Goh) writes short stories, novels, poetry, TV and radio dramas, and Malay literary essays, with some being translated into English, Mandarin, and Tamil. He is a creative writing trainer and freelance translator. He won the Singapore Golden Point Award thrice for short stories and poetry, and the 2016 Singapore Literature Prize for his short story collection, Air Mata Di Arafah (Tears in Arafah). He has published 40 books, and co-authored with regional writers.

Shortlists

诗歌 Poetry Puisi கவிதை 非虚构写作 Creative Nonfiction Bukan fiksyen kreatif இலக்கியப் புதினம் அல்லாதவை 小说 Fiction Fiksyen புதினம்