Langkah-Langkah Langka
Langkah-Langkah Langka adalah kumpulan puisi oleh seniman Mohd Khair Mohd Yasin yang mengandungi 52 sajak yang dihasilkan menerusi renungan di bawah tahap kesedaran dan pengalaman melahirkan karya-karyanya secara spontan.
Projek ini merupakan penerokaan beliau di atas landasan gaya penulisan yang memaparkan ciri-ciri jati dirinya yang tersendiri. Penekanan penyair adalah penglahiran sajak-sajak menerusi pendalaman pemikiran di atas pantolan inspirasi dan firasat yang perlu sering dilawati untuk memungkinkan penyusunan kata-kata yang unik dan memiliki kompleksiti tafsiran makna yang mendalam. Sajak-sajak yang dihasilkan di dalam kumpulan ini adalah bukti cara pembentangan idea yang langsung, tahap jiwa yang paling dalam di lautan perasaan dan pemikiran.
Unique Steps
Langkah-Langkah Langka, or Unique Steps, is a compilation of poems consisting of 52 works cultivated and delivered through the spontaneity of the subconscious. This project is an exploration of a writing technique that projects the author’s unique individual style, emphasising delivery from the depth of the mind and instantaneous feelings. This book is evidence of non-sequential thinking and feelings from the deepest oceans of emotion and intellect.

2019
ABOUT THE AUTHOR

Mohd Khair Mohd Yasin
Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas) adalah pemenang dua Anugerah COMPASS pada tahun 1995 dan 1996. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Rausyanfikir. Khayas menerbitkan album solonya yang pertama pada tahun 1998 dengan judul album Panji Anak Minoriti. Sejauh ini, Khayas sudah melahirkan tujuh buku yang merupakan antara lain teknik-teknik menulis seni kata lagu, puisi berirama, kumpulan puisi dan juga kumpulan mutiara kata beliau. Khayas juga mengendalikan bengkel-bengkel puisi, seni kata lagu dan syair di institut-institut pendidikan di seluruh Singapura. Beliau juga merupakan anggota paling awal COMPASS dan Perkamus. Selain itu, Khayas seringkali menyumbang cerpen dan artikel ke Berita Harian.
Mohd Khair Mohd Yasin
Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas) is the winner of two COMPASS Awards. He is a part of the pop-folk group Rausyanfikir, and released his first solo album Panji Anak Minoriti in 1998. He has published seven guide books for lyric writing, poetry, and songwriting in Malay. He is a creative writing mentor working with schools in Singapore, and has written songs for regional acts. He is a member of COMPASS and Perkamus and has contributed numerous articles to Berita Harian.