Warna Sebuah Rahsia menghimpunkan 10 buah cerpen hasil karya Peter Augustine Goh, penulis prolifik Singapura yang menulis dalam pelbagai genre sastera. Cerpen-cerpen yang dihasilkan antara 2014 dan 2018 ini, mengangkat pelbagai persoalan sejagat. Pelbagai cerita menarik yang berunsurkan sejarah, satira, kemanusiaan dan psikologi dihidangkan dalam kumpulan ini.

Bertunjangkan aliran realisme, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini disentuh dengan begitu berseni dan sarat dengan metafora dan falsafah.  Kepintaran penulis menggunakan pelbagai teknik plot serta mengatur plot juga berjaya ‘membelit’ fikiran pembaca, walaupun jalanan ceritanya disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan segar dengan alunan intonasi nostalgik yang mampu mengusik hati dan menyentuh rasa pembaca.

The Colour of Secret

The Colour of Secret consists of 10 short stories by Peter Augustine Goh, a prolific Singapore writer who works in various genres. All the short stories in this collection were written between 2014 and 2018, touching on various mundane, universal issues. Many interesting satirical, historical, humanitarian, and psychological themes are presented in this collection which is full of literary devices. His writing techniques succeed in capturing the minds of readers, in stories that are delivered in a calm, relaxed mood.