Novel, Tunjuk Langit, menceritakan kisah sekumpulan warga emas berbilang bangsa yang hidup di usia lanjut mereka di sebuah rumah kebajikan, Tunjuk Langit. Nama itu sendiri diilhamkan oleh satu siri pokok buah tunjuk langit, yang juga dikenali sebagai mahogany yang tumbuh di kawasan sekitar Choa Chu Kang. Walaupun rumah kebajikan ini adalah sebuah rekaan, namun ia mencerminkan realiti kehidupan yang mencabar, kadang-kadang lucu dan menyedihkan di kota Singapura. Apabila rumah kebajikan swasta ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana, beberapa orang penghuni istimewa lagi bijak yang merasa terhutang budi dengan kewujudannya, perlu mencari jalan untuk meneruskan operasinya dan memastikan rumah kebajikan itu tidak akan diroboh. Seorang watak istimewa, Habeb, terpaksa membuat aksi luar biasa, luar dari kotak fikiran lumrah untuk menarik perhatian dunia demi menyelamatkan rumah istimewa ini yang diamanahkan kepadanya oleh pemiliknya Jimmy, sahabatnya yang telah meninggal dunia.

Pointing the Sky

Tunjuk Langit (Pointing the Sky) depicts a mutiracial group of senior citizens living at a welfare home named after tunjuk langit trees that grow in Choa Chu Kang. The fictional home reflects the challenging realities of Singapore life. When the financially challenged home is forced to close, its ingenious residents try to keep it from being demolished. Habeb has to pull the most outrageous stunt to save the home that has been entrusted to him by the deceased owner.