Puisirama 2021

PUISIRAMA 2021 mengupas tiga kuntum puisi: Angkara Gelimang Dadah karya Faridah Taib, Topeng karya Khaziah Yem dan Nyonya Muda karya Kamaria Buang; dan kesemuanya kemudian diadaptasikan ke pentas teater oleh para pemuisinya sendiri. Pengarah Azman Shariff, Amirul Asri dan Roslan Daud menggarap dan menterjemahkan setiap puisi menerusi watak-watak yang dicipta dalam analisa teater. Hasilnya membuahkan kesinambungan tiga genre seni yang berbeza interpretasinya, tetapi menepati sasaran dan mesej yang utuh serta memelihara keindahan puisi dan tujuannya.

Tema: Budaya Kehidupan Menyantun Etika Peradaban

15 November 2021

Online

Dipersembahkan oleh

Tinta T2K & Teater 2000

Dikomisyen oleh

#BuySingLit 

Disokong oleh

Majlis Seni Kebangsaan

Versions

 

Angkara Gelimang Dadah

Dadah dalam puisi ini adalah metafora kepada penyakit masyarakat dan ketagihan itulah yang membawa kepada kemusnahan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Kisah ini menceritakan seorang ibu muda bernama Maria, yang suaminya dipenjarakan kerana penyelewengan dana syarikat. Tanpa pencari nafkah utama, keluarga mereka ditinggalkan dalam keadaan huru-hara. Tidak ada lagi gaya hidup yang kaya-raya; rasa hormat antara ibu dan anak telah hilang. Si ibu dan anak kini terperangkap dalam ketagihan mereka sendiri. Bolehkah mereka diselamatkan sebelum mereka juga menjadi nombor?

  • Puisi: Angkara Gelimang Dadah oleh Faridah Taib
  • Skrip: Faridah Taib
  • Arahan: Roslan Daud
  • Pelakon: Ema Amin, Andry Hrithik
Nyonya Muda

Kisah ini mengisahkan dilemma seorang Nyonya muda yang mempersoalkan idea kebahagiaan sebuah perkahwinan yang terikat dengan norma budaya. Dunia telah banyak berubah dan pergeseran pemikiran antara generasi muda dan tua lebih jauh. Sikap halus yang digambarkan dalam karya ini menyentuh mesej yang lebih berat mengenai perkahwinan antara kaum dan pemeliharaan budaya. Apakah kesudahannya? Adakah mereka dapat menerima bahawa cinta melebihi segalanya? Adakah cinta itu cukup untuk menjaga kasih sayang dan tali kekeluargaan?

  • Puisi: Nyonya Muda oleh Kamaria Buang
  • Skrip: Kamaria Buang
  • Arahan: Azman Shariff
  • Pelakon: Faridah Taib, Adilah Affandi
Topeng

‘Topeng’ menceritakan kisah penyakit manusia berbohong demi kepentingan diri sendiri. Tanpa disedari, manusia yang memilih untuk memakai topeng itu hanya akan menjerat diri mereka sendiri. Kisah ini diceritakan di masa lalu yang indah dari suasana dapur Kesultanan Turki. Seorang MasterChef telah kehilangan deria rasanya. Untuk menjaga pekerjaan dan kedudukannya, dia memilih untuk merahsiakan hal ini. Tetapi, tipu helahnya hanya untuk mempertahankan kebanggaannya, dan keangkuhan membawa kepada kejatuhan Adakah MasterChef hilang deria rasanya sahaja di akhir cerita?

  • Puisi: Topeng oleh Khaziah Yem
  • Skrip: Khaziah Yem
  • Arahan: Amirul Asri
  • Pelakon: Amirul Asri, Mohd Hafiz Yusof

 

TENTANG PENYAIR

Faridah Taib

Dilahirkan pada 12 Jun 1964, Faridah Taib bertugas di Pendidikan (NIE) sejak 1982 hingga ke hari ini. Beliau mula mennulis sejak 1983 sebagai wartawan sambilan bersama Majalah Mingguan ANEKA dan PUSPANEKA. Beliau kemudian menulis secara kreatif sejak 2004 dan telah terlibat dalam beberapa buah buku antologi puisi. Faridah pernah meraih Hadiah Sastera dalam Anugerah Persuratan 2017 untuk sajak berjudul Sepi Nostalgia Keretapi Tanah Melayu Stesen Tanjung Pagar.

Kamaria Buang

Kamaria Buang telah menjadi pengajar jahitan Persatuan Rakyat (PA) di pelbagai Pusat Residen dan Pusat Komuniti. Sebagai seorang penyair, Kamaria mula memandang serius penulisannya kebelakangan ini. Puisi pertamanya diterbitkan pada tahun 2006 di akhbar Melayu tempatan Berita Minggu. Sehingga kini, ratusan karya puisinya telah diterbitkan di surat khabar Melayu. Pada tahun 2009, karyanya Anak Tetangga Kelantan Lane memenangi hadiah Anugerah Persuratan dan ia juga dimasukkan dalam buku teks sastera peringkat A (2014 – 2025). Melalui penulisan puisi, Kamaria meluahkan fikiran dan emosinya dan berharap untuk terus menghasilkan karya yang boleh dihargai ramai.

Khaziah Yem

Khaziah Yem ialah seorang guru Bahasa Melayu yang aktif menulis puisi dan cerpen. Puisi dan cerpen beliau telah diterbitkan dalam akhbar Melayu tempatan. Beliau mempunyai beberapa antologi dengan para penulis daripada Singapura, Malaysia dan Indonesia. Pada masa ini, beliau aktif dalam produksi teater dan sedang mempelajari penulisan skrip dengan penerima anugerah Pingat Budaya, Nadiputra.