Serlahkan Penulis Buku Bergambar Dalam Diri Anda! / Writing Picture Books - Malay

Inilah masa yang menarik untuk menjadi penulis buku kanak-kanak bagi generasi kemuka. Walaupun cerita dongeng tetap disayangi, sudah tiba masanya untuk kita mengembara ke dunia baharu buku bergambar kontemporari.

Kursus 9 jam ini akan mendedahkan anda kepada beberapa buku bergambar antarabangsa dan tempatan yang menarik dan mengenalpasti ciri-ciri yang memikat perhatian kanak-kanak dan ibu bapa.

Anda akan didedahkan kepada 5 jenis tulisan dalam buku bergambar kanak-kanak dan memahami struktur naratif dalam alur cerita.

Anda akan mengenali semua elemen asas penulisan dan unsur-unsur penulisan naratif.

Anda juga akan diperkenalkan kepada peranti sastera dan permainan kata yang biasa digunakan dalam penulisan buku bergambar.

Anda dan rakan sekursus anda akan berpeluang untuk menjana idea, menyumbang saran, menulis dan berkongsi ayat pertama, “story pitch” dan sinopsis cerita anda serta mendapatkan maklum balas segera.

Beberapa topik perbincangan:

  1. Memahami ciri asas buku bergambar kanak-kanak dan ciri teknikal buku bergambar.
  2. Mengenali buku bergambar antarabangsa dan tempatan yang menarik, dan mengapa kita perlukannya dalam buku bergambar Bahasa Melayu
  3. Fahami 5 jenis tulisan dalam buku bergambar kanak-kanak
  4. Memahami elemen asas penulisan
  5. Memahami elemen penting dalam struktur plot naratif
  6. Mengenali peranti sastera dan permainan kata dalam buku bergambar
  7. Menjana idea dan menyumbang saran untuk buku bergambar bagi pembaca sasaran

Tulis dan kongsi baris pertama, “story pitch” dan sinopsis cerita anda

 

It is an exciting time to be a children’s book author for the next generation. As much as we love our fables, it is time to journey into a whole new world of contemporary picture books.

This 9-hour course will give you insights of some interesting international and local picture books and discover what makes them tick for young children and their parents.

You will uncover the 5 types of writing in children’s picture book and delve deeper into the narrative plot structure.

You will get to unpack all the basic elements of writing and the structure of narrative writing.

You will also be introduced to literary devices and word play commonly used in picture book writing.

You and your fellow course-mates would have the opportunity to ideate, brainstorm, write and share your first lines, story pitch, and synopsis, and get immediate feedback.

Some topics covered:

  1. Understand the fundamentals of children’s picture book and the technicalities of picture books.
  2. Discover compelling international and local picture books, and why we need them for Malay picture books.
  3. Understand the 5 types of writing in children’s picture book
  4. Understand the basic elements of writing
  5. Understand the important elements in narrative plot structure
  6. Discover literary devices and word play in picture books
  7. Ideate and Brainstorm ideas for picture books for target readers
  8. Write and Share your First Lines, Story Pitch and Synopsis

 

This workshop consists of 3 sessions held on 11, 18 and 25 June.

1 session per day from 9:30am to 12:30pm.

Participants are strongly recommended to attend all 3 sessions.

This workshop is conducted in Malay.

 

Trainer

Maria Mahat

Maria Mahat seorang penulis, pendidik, perunding, penerbit dan pengasas bersama Ungu Pen, sebuah syarikat penerbitan bebas yang berpangkalan di Singapura, di mana beliau menguruskan pembangunan kandungan yang menarik dan bermakna dalam format digital dan bukan digital. Beliau telah menulis dan menerbitkan buku bergambar, novela awal dewasa dan antologi cerpen secara meluas dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Tahun ini, beliau bakal melancarkan buku bergambar kanak-kanaknya yang ke-15. Syarikat beliau, Ungu Pen turut menerbitkan buku kanak-kanak dan antologi untuk penulis tempatan bagi menyemarakkan lagi penghasilan buku-buku Melayu dan dwibahasa yang bermutu tinggi.

Maria Mahat is an author, educator, consultant, publisher and co-founder of Ungu Pen, a Singapore-based independent publishing house, where she oversees the development of engaging and meaningful content in digital and non-digital formats. She has written and published extensively in both English and Malay for picture books, young adult novella and short stories anthologies. This year, she will be launching her 15th children’s picture book. Her company, Ungu Pen also publishes children’s books and anthologies for local writers to further enliven the publishing of high-quality Malay and bilingual books.

11, 18 and 25 June 2022
9.30am – 12.30pm (SGT)

Virtual

Supported by:
Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism

national-arts-council